Tabiat Suka Korek Hidung Boleh Akibatkan Nyanyuk – Kajian

Ada anggota badan kita yang mempunyai kaitannya antara satu sama lain tanpa kita sedar.

 

Tahukah anda, tabiat mengorek hidung boleh menyebabkan risiko kepada seseorang itu untuk mendapat alzheimer dan demensia atau bahasa mudahnya adalah nyanyuk?

tabiat suka korek hidung boleh akibatkan nyanyuk – kajian

Perkara itu dibuktikan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Griffith, Australia yang mendapati bahawa bakteria akibat daripada tabiat ini boleh bergerak melalui saraf olfactory di hidung sehingga ke otak.

 

Kajian berkenaan menggunakan tikus sebagai model menunjukkan punca bagaimana penyakit Alzeimer boleh berlaku.

tabiat suka korek hidung boleh akibatkan nyanyuk – kajian

Selain itu, kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports ini bertujuan untuk memerhatikan bakteria Chlaydia pneumoniae, iaitu bakteria yang boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan radang paru-paru.

 

Bakteria itu turut ditemui dalam kebanyakan otak manusia yang terjejas akibat demensia.

tabiat suka korek hidung boleh akibatkan nyanyuk – kajian

Risiko bertambah buruk akibat daripada mengorek hidung yang boleh merosakan lapisan dalam hidung seterusnya memudahkan bakteria naik ke otak lalu menyebabkan nyanyuk.

 

Hilang deria bau juga adalah antara tanda-tanda awal kepada Alzheimer.

tabiat suka korek hidung boleh akibatkan nyanyuk – kajian

Maka anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri sebelum anda ingin mengorek hidung.

 

Sumber: NDTV