T.O.P Sah Tinggalkan YG Entertainment

Ketika arena K-Pop sedang dikejutkan dengan berita kemunculan kembali BIGBANG, anggot kumpulan tersebut iaitu T.O.P BIGBANG dilaporkan telah menamatkan kontrak bersama YG Entertainment.

t.o.p sah tinggalkan yg entertainment

7 Februari lalu, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan, “BIGBANG akan mengeluarkan lagu baru musim bunga ini.

“BIGBANG telah pun selesai merakam lagu baru mereka, dan mereka sedang bersiap untuk penggambaran video muzik itu.”

Bagaimanapun, bukan itu sahaja pengumuman yang dilakukan oleh agensi itu kerana tambah mereka, T.O.P akan turut sama meninggalkan kumpulan itu.

“Kontrak eksklusif T.O.P dengan YG telah tamat, dan dia akan menempuh pelbagai cabaran baharu sebagai artis dan usahawan,” kata YG Entertainment.

“Kami menghormati keinginan T.O.P untuk meluaskan skop aktiviti individunya selain daripada promosinya dengan BIGBANGD, dia berjaya mencapai persetujuan mengenai perkara ini dengan ahli lain.”

Agensi itu meneruskan, “Selagi syaratnya betul, T.O.P akan sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti BIGBANG bila-bila masa dia boleh.”

Kemunculan semula BIGBANG akan datang bakal menandakan muzik baru pertama mereka dalam tempoh empat tahun sejak single “Flower Road” dikeluarkan pada Mac 2018.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN