T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaan Tinggalkan YG Entertainment

Selepas berundur diri dari YG Entertainment, anggota kumpulan BIGBANG iaitu T.O.P berkongsi situasi semasanya bersama para peminat di media sosial.

t.o.p bigbang kongsi perasaan tinggalkan yg entertainment

Sehari selepas dirinya diumumkan secara rasmi tidak lagi bersama YG Entertainment, T.O.P mengemasi kini Instagram Story di akaun peribadinya dengan mencoret, “Happy (Gembira)”.

Beberapa jam selepas status itu dimuat naik, T.O.P kemudian dilihat sekali lagi memuat naik satu foto yang tertulis, “Saya sangat GEMBIRA.”

7 Februari lalu, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa T.O.P telah meninggalkan agensi itu selepas 16 tahun atas sebab ingin “memperluas skop aktiviti individunya selain daripada promosinya dengan BIGBANG”dan bahawa dia akan mengambil “pelbagai jenis cabaran sebagai artis dan usahawan”.

Bagaimanapun, agensi itu menjelaskan bahawa T.O.P masih akan kekal sebagai sebahagian daripada BIGBANG dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan itu pada bila-bila masa sahaja termasuk kemunculan semula mereka yang telah lama ditunggu-tunggu menjelang musim bunga ini.

 

Sumber: [1]