SYOK Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Hari ini, SYOK dianugerahkan ‘Stesen Radio Terbanyak Dalam Aplikasi Telefon’ oleh Malaysia Book of Records, sebagai pengiktirafan kepada pelancaran 60 stesen radio secara serentak dalam aplikasinya.

syok terima pengiktirafan malaysia book of records

Anugerah tersebut diserahkan kepada Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio oleh Jwan Heah, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Malaysia Book of Records.

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio berkata, “Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap untuk terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan. Kami berharap semua menikmati pilihan radio dalam talian yang pelbagai dan relevan, tersedia di SYOK dan menantikan tawaran yang lebih menarik pada masa akan datang.”

Jwan Heah, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Malaysia Book of Records turut teruja atas pencapaian tersebut, katanya, “Kami mengucapkan tahniah kepada jenama SYOK atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih ramai pencipta rekod tempatan atas pencapaian, kejayaan dan ciptaan mereka dalam Malaysia.”

Dengan purata 3.18 juta pendengar digital mingguan di SYOK, 60 stesen dalam talian ini menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik serta saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa.

Stesen-stesen di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-Pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan lebih lagi. 

Rakyat Malaysia boleh strim and menikmati 60 stesen radio dalam talian, tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi.


Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Galley, juga layari laman web SYOK.

ARTIKEL BERKAITAN