“Saya Dah Bagi Hint Nak Kahwin” - Syasya Nafi Nenek Tak Restu Perkahwinan

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya menepis dakwaan perkahwinan tidak direstui nenek, Rozie Othman. 

Menurut Syasya, dia memahami memang agak sukar neneknya untuk menerima berita tersebut kerana pada waktu itu neneknya sedang mengerjakan umrah ketika dia memaklumkan keinginan untuk bernikah dengan segera.

“Sebenarnya saya sudah cakap dan bagi ‘hint’ dekat nenek yang saya mahu kahwin. Saya seorang yang suka simpan masalah dan sesuatu hal sendiri, dah lama baru beritahu orang.

“Saya minta doakan hubungan saya. Kebetulan dia sedang mengerjakan umrah dan minta doakan di sana. Dia terkejut sebab balik sahaja dari Mekah, saya nikah.

“Sebelum nak majlis akad nikah, ada telefon dia beritahu. Sebab tak sangka nak nikah ketika dia sedang berada di Tanah Suci Mekah,” katanya. 

Dalam pada itu, suami kepada Syasya, Nasrullah berkongsi sudah berjumpa dengan Rozie selepas dia pulang dari Mekah serta menjelaskan segala perkara secara terperinci.

“Saya dan isteri sudah lama tidak berjumpa dengan dia, selepas kami bernikah ada pergi bertemu dengannya dan dia (nenek) sangat baik.

“Dia terima perkahwinan kami, dia ada belanja tau fu fah (makanan), “ katanya. 

Sumber: Kosmo