Syarikat Tempatan Cipta Straw Mesra Alam Yang Boleh Dimakan

Seperti yang ramai tahu, kebanyakkan premis makan di Malaysia tidak lagi menyediakan straw. Ini kerana kerajaan Malaysia telah mengharamkan penggunaan straw di premis-premis makanan ekoran penggunaan plastik yang banyak akan memberikan kesan buruk terhadap ekosistem di dunia.

Pelbagai alternatif diambil.

syarikat tempatan cipta straw mesra alam yang boleh dimakan

Terbaru, sebuah syarikat tempatan telah menghasilkan straw mesra alam yang boleh dimakan.

Pengarah IT Ricestraws, Andrew Loh berkata bahawa "bahagian bawah yang direndam dalam minuman akan terasa sedikit seperti kanji manakala bahagian atas akan menjadi ranggup seperti cip."

syarikat tempatan cipta straw mesra alam yang boleh dimakan

"Straw ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, tidak mengandungi sebarang bahan tambahan dan akan terurai sepenuhnya dalam tempoh 90 hari dan ia juga boleh menjadi makanan haiwan atau baja."

Beliau menambah, "apabila kita menggunakan straw dari kertas, kita sebenarnya memotong lebih banyak pokok" dengan straw yang mereka hasilkan ini "menggunakan beras rosak yang jarang orang makan. Ia biasanya digunakan untuk membuat bee hoon (mi). "

syarikat tempatan cipta straw mesra alam yang boleh dimakan

Syarikat ini juga merancang untuk menghasilkan cawan, mangkuk, alat pengacau, dan kutleri yang diperbuat daripada beras dan ubi kayu di masa depan. Salute lah!

 

Rujukan

HITZ

The Star

ARTIKEL BERKAITAN