Syarikat Penerbitan Kamus Memilih Perkataan ‘Pandemic’ Sebagai Word Of The Year

syarikat penerbitan kamus memilih perkataan ‘pandemic’ sebagai word of the year

Setiap tahun syarikat penerbitan kamus akan mengeluarkan perkataan yang paling trendy dengan situasi semasa untuk diangkat sebagai Word of The Year.

Untuk tahun ini, dua syarikat penerbitan kamus iaitu Merriam-Webster dan Dictionary.com telah memilih perkataan ‘pandemic’ untuk title tersebut.

Menurut John Kelly, seorang editor di Dictionary.com peratusan carian bagi perkataan pandemic telah meningkat sebanyak 13,500% pada 11 Mac. Pada tarikh itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan tersebut sebagai satu kecemasan kesihatan global.

Perkara yang sama turut berlaku di Merriam-Webster.com di mana carian bagi perkataann itu meningkat sebanyak 115,806% lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Trivia: Pandemik atau perkataan Bahasa Inggeris, Pandemic merupakan gabungan perkataan dari Latin dan Greek. Pan bermaksud untuk semua dan demos bermaksud orang atau populasi.

Sumber: Astro Awani