Syarat Vaksinasi Lengkap Kekal Bagi Tujuan Gunakan Kemudahan

Setiap kemudahan yang pernah diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi kesemua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

syarat vaksinasi lengkap kekal bagi tujuan gunakan kemudahan

Perkara tersebut diperjelaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengatakan langkah itu dilaksanakan berikutan perkembangan terbaru peralihan fasa PPN selain mengambil kira varian Delta yang mendominasi keseluruhan varian yang ditemui di Malaysia.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara, melancarkan pembukaan semula ekonomi dan memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat.

“Kita tidak selamat sehingga semua selamat.

“Oleh sebab itu, pada 8 Ogos dan 15 Ogos 2021, kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi hanya bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap,” terangnya.

Sementara itu, bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan pegawai perubatan.

Sehubungan dengan itu, perincian berkenaan prosedur operasi standard (SOP) fasa pemulihan negara bakal diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Khairy menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan bahawa kebenaran makan di restoran atau ‘dine-in’ masih dihadkan kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi dan tertakluk di semua fasa PPN.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN