Sweet Betul! Son Ye Jin Kata Hyun Bin Ialah Cinta Pertamanya

Bintang drama fenomena ‘Crash Landing on You’, Son Ye Jin berkongsi mengenai perasaannya apabila bergelar tunangan kepada pelakon lelaki popular yang juga turut berlakon dalam sama, iaitu Hyun Bin.

sweet betul! son ye jin kata hyun bin ialah cinta pertamanya

Menerusi program televisyen ‘You Quiz on the Block’, Son Ye Jin muncul sebagai tetamu jemputan yang mana dia sempat mengimbas kembali pengalaman berlakon yang mana dia sering membawa watak dalam drama yang berkaitan percintaan.

“Saya tidak fikir lakonan terbahagi kepada genre seperti percintaan, komedi, atau seram. Orang yang pandai komedi juga pandai berlakon dalam karya cinta dan aksi. Tetapi saya fikir orang lebih suka apabila saya berlakon dalam karya cinta,” katanya.

Selepas membintangi filem percintaan ikonik seperti ‘The Classic’ dan ‘A Moment to Remember’ pada awal 2000an, Son Ye Jin mendapat julukan ‘cinta pertama negara’.

Ketika ditanya perasaannya mengenai gelaran itu, Son Ye Jin akui bahawa dia ingin terus mengekalkannya selagi mampu.

“Sebenarnya, berapa lama lagi saya boleh mendengar orang memanggil saya sebegitu? Saya mahu mendengar orang memanggil saya begitu selama yang saya boleh, kerana saya tidak akan dapat mendengar orang bercakap perkara seperti itu lagi setelah masa berlalu. Pada masa itu, saya rasa orang akan datang dengan nama samaran lain untuk saya yang sesuai dengan usia saya,” luahnya.

Apabila ditanya hos mengenai cinta pertamanya sendiri, Son Ye Jin kemudian memberikan jawapan yang tidak disangka-sangka.

“Cinta saya sekarang adalah cinta pertama saya,” jawab Son Ye Jin, merujuk kepada tunangannya iaitu Hyun Bin.


Sumber: [1]