Sweden Syor Individu Atas 80 Tahun Terima Dos Keempat Vaksin

Bagi mengurangkan risiko penyakit yang teruk akibat penularan varian Omicron, agensi kesihatan Sweden mengesyorkan individu yang berusia atas 80 tahun menerima suntikan vaksin dos keempat.

sweden syor individu atas 80 tahun terima dos keempat vaksin

Cadangan itu juga termasuk kepada semua mereka yang berada di pusat jagaan warga emas di negara berkenaan.

 

Untuk rekod, Sweden telah menunjukkan peningkatan drastik jangkitan COVID-19 pada awal bulan lalu. Justeru, pemberian dos keempat yang disifatkan sebagai dos kedua penggalak ini telah dicadangkan dan akan diberi sekurang-kurangnya empat bulan selepas dos penggalak pertama.

 

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan Sweden kini sedang mempergiatkan dahulu pemberian dos penggalak pertama bagi memastikan sistem kesihatan tidak berada dalam keadaan tertekan.

 

Agensi itu juga memaklumkan berlakunya peningkatan kes yang ketara dalam kalangan berisiko sejak beberapa minggu lalu. Susulan itu, dos keempat ini dikatakan mampu memberikan perlindungan tambahan kepada golongan ini dalam berhadapan dengan varian Omicron.

 

Dalam perkembangan sama, Korea Selatan juga akan memulakan suntikan dos keempat bermula akhir bulan ini.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN