Sut Dengan Bekas Rokok David Bowie Dilelong Pada RM85k

Sut yang pernah dipakai bintang lagenda, David Bowie bakal dilelong pada £15, 000, iaitu kira-kira RM85,073.

sut dengan bekas rokok david bowie dilelong pada rm85k

Paling menangkap perhatian, sut berwarna kuning air itu turut mempunyai kesan rokok terbakar yang tidak disengajakan oleh Steve Strange, seorang pemilik kelab terkenal pada awal 80-an.

Lewis yang berkecimpung sebagai seorang produser dalam industri muzik berharap agar sut tersebut akan berjaya dimiliki ‘superfan’ Bowie.

Kongsinya lagi, dia mula memiliki sut tersebut setelah Strange, yang juga merupakan kawannya meninggal dunia pada 2015.

Kongsinya, sut tersebut tersimpan kemas di dalam almari baju milik mendiang Strange namun Lewis hanya menemuinya semula secara kebetulan pada suatu hari, iaitu ketika dia melewati ruang berkenaan.

Difahamkan sut tersebut dibuang Bowie ketika bintang itu berkunjung ke kelab Blitz di London yang dimiliki Strange pada 1982.

Kata Lewis, “Steve bercerita kepada saya bahawa dia mengetahui Bowie akan menghadiri kelabnya pada suatu malam, jadi mereka melakukan prosedur biasa yang mana mereka membawanya masuk ke kelab terbabit menerusi laluan tersembunyi.

“Rupanya, Bowie berada dalam keadaan yang tidak berapa baik pada malam itu, justeru dia tidak ingin dilihat media atau peminat.

“Setelah dibawa masuk ke pejabat Steve di kelab tersebut, dia menjatuhkan dirinya ke atas sofa di dalam bilik tersebut hingga menyebabkan bahagian dalam rokoknya yang dihisap jatuh ke atas sut tersebut hingga menyebabkan poket dan beberapa bahagian lain sut itu terbakar,” ujar Lewis.

“Bowie kemudiannya menukar jaket dan seluar lain, dan membuang pakaian sut itu di aras lantai berhampiran sofa.

“Steve menjumpai sut tersebut pada malam itu yang mana dia kemudiannya membawanya pulang ke rumah hinggalah hartanah itu dijual.”

 

Sumber: