‘Super Wira’ Siri Adiwira Berunsur Tradisional Melayu Di Astro Ceria

’Super Wira’ bakal mengubah landskap penceritaan genre superhero di Malaysia dengan memperkenalkan gandingan nama-nama hebat seperti Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Idan Aedan serta Mira Filzah. 

Super Wira merupakan salah satu siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu yang merangkumi silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan. 

‘super wira’ siri adiwira berunsur tradisional melayu di astro ceria

“Kami ingin membuktikan bahawa produksi tempatan mampu melakukan siri- siri genre superhero sepertimana yang dilakukan oleh produksi-produksi antarabangsa. Lagi mengujakan apabila siri ini melihat kombinasi lakonan hebat,” kata Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana Zainol Kamar.

‘Super Wira’ diterajui barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy sebagai ketua kumpulan iaitu Kapten Gemilang atau Johan, Idan Aedan sebagai Aman dan Nadhir Nasar sebagai antagonis yang bernama Roy. 

Siri ini turut dijayakan oleh Mira Filzah yang membawa watak sebagai Seri Gumum (Penjaga Kristal Kuasa Naga Tasik Chini), Ezzaty Abdullah sebagai Rose, Arena Wan sebagai Irena, Fadhli Masoot sebagai Wan dan juga Zizan Razak sebagai Awang Bunga.

‘Super Wira’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.