Ketika negara lain sedang berusaha memberikan suntikan ketiga vaksin COVID-19, Britain dilaporkan sedang berbincang untuk memberikan suntikan dos kelima menjelang musim luruh depan.
Menurut Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata suntikan dos kelima vaksin COVID-19 itu berpotensi akan disediakan pada musim luruh ini dengan program vaksinasi dijangka diperluaskan.
.
Suntikan penggalak COVID-19 itu mungkin juga akan diberikan kepada penduduk berusia 50 tahun ke atas, namun segala keputusan masih belum dimuktamadkan kerajaan Britain.
.
Dalam pada itu, penduduk berusia 75 tahun ke atas, penghuni rumah jagaan warga tua dan pesakit dengan sistem imunisasi lemah akan mula menerima tarikh janji temu untuk dos keempat vaksin pada musim bunga tahun ini.
.
Menurut Javid lagi, peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke hospital sejak dua minggu lalu berada pada tahap membimbangkan meskipun angka itu masih jauh dibawah paras kemuncak.
.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk menganggap COVID-19 seperti penyakit berjangkit lain dan bertindak sepatutnya jika berasa tidak sihat atau mengalami apa-apa gejala.
.
Sumber: [1]