Suntikan Booster Akan Diberi Bermula Minggu Ini

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemberian dos ketiga dan penggalak (booster dose) akan diberi bermula minggu ini.

suntikan booster akan diberi bermula minggu ini

Mereka yang tersenarai antara penerima awal dos terbabit termasuklah petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi sebelum ia dapat diteruskan kepada rakyat kebanyakan.

Menerusi temu bual bersama Agenda AWANI Ekslusif, Khairy mengatakan sebanyak 80 peratus remaja lengkap divaksin menjelang akhir Oktober ini.

Sebagai tambahan, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) turut memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech terhadap golongan yang berusia 18 tahun ke atas.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menjelaskan bahawa booster dose akan dibuat sekurang-kurangnya selepas seseorang individu itu melengkapkan dos keduanya.

 

Sumber: [1]