Vaksin tak vaksin itu memang pilihan individu. KJ secara peribadi hormat mana-mana pendirian yang berasas. Cuma kisah dan macam-macam cerita pasal kerenah antivaksin ni membuatkan ada terbit rasa kecewa. Apa taknya, ada yang sampai tahap sanggup disuntik dengan air asalkan dapat sijil vaksinasi.
Baru-baru ini, polis Terengganu mendedahkan ada individu sanggup disuntik dengan air asalkan dapat sijil vaksinasi COVID-19. Ada yang mengaku disuntik air suling atau air garam dengan alasan kononnya mereka tetap dapat suntikan cuma takde vaksin COVID-19. Pulaknya tu, ramai yang terlibat dan jadi pembeli sijil vaksinasi palsu tu termasuklah penjawat awam dan swasta. Yang tak berkerja pun join sekaki beli! Tepuk dahi baca laporannya. Adoi!
Semua ni susulan kes melibatkan seorang doktor swasta kat Marang yang dahpun ditahan baru baru-baru ini. Suspek dilapor mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.
Kita memang berdepan dengan situasi perlu buat pilihan sepanjang hayat. Kalau boleh pilihlah yang tak memudaratkan diri dan tak menganiaya orang lain.
Oleh: KJ
Sumber & foto: Sinar Harian, AWANI, BERNAMA, Berita Harian & Internet