Sukses Laksana Vaksinasi, Ireland Bakal Mansuhkan Lockdown

Setelah sekian lama, Ireland yang tersenarai dalam salah satu negara Eropah paling lama menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) akibat COVID-19 akan memansuhkan hampir kesemua larangan terbabit menjelang Oktober ini.

sukses laksana vaksinasi, ireland bakal mansuhkan lockdown

Memetik laporan Reuters, keputusan tersebut diambil susulan program vaksinasi yang berjaya dijalankan di negara itu yang mana hampir 90% golongan dewasa dan 8-% mereka yang berusia 12 tahun ke atas telah selesai menerima dos vaksin lengkap.

Bermula 22 Oktober, orang ramai tidak lagi perlu menunjukkan sijil vaksinasi di tempat seperti restoran.

Selain itu, semua had bilangan pengunjung yang menghadiri sesuatu acara baik di tempat terbuka atau tertutup turut dimansuhkan.

Tidak ketinggalan, kerajaan Ireland juga mencadangkan pembukaan semula panggung wayang dan teater yang ditetapkan pada kapasiti 60% bermula minggu hadapan, di samping kakitangan bukan sektor penting dibenarkan kembali ke pejabat bermula 20 September.

“Oleh kerana usaha pasukan vaksinasi dan kerana anda telah mematuhi dan menerima vaksin, kita kini memasuki fasa baharu pandemik,” kata Perdana Menteri Ireland, iaitu Micheál Martin menerusi satu perutusan yang ditayangkan di televisyen.

Terdahulu, Martin juga pernah mengingatkan rakyat negara tersebut berkenaan norma baru kerana pandemik.

“Kita tidak akan mampu untuk menghapuskan virus ini keseluruhannya,” kata beliau.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN