Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan pada hari Selasa yang lalu akan Sukan Olimpik musim panas akan datang.
Jawatankuasa itu berkata, kemungkinan besar majlis sukan yang dijadualkan berlangsung di Tokyo itu mungkin akan dibatalkan akibat penularan wabak novel Koronavirus atau COVID-19.
Bagaimanapun, bekas perenang Kanada, Dick Pound yang merupakan ahli paling lama dalam jawatankuasa tersebut menyatakan keputusan tentang Sukan Olimpik sama ada diteruskan atau tidak akan dimaklumkan pada penghujung Mei ini.
Namun sedemikian Pound tetap menyeru para atlet untuk terus berlatih. Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan akan membuka tirai pada 24 Julai ini. Dianggarkan 11,000 orang akan terlibat dalam sukan terbesar musim panas itu. Manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsung pada 25 Ogos dan 4,400 orang akan terlibat dengan sukan tersebut.
Sumber: Asia Nikkei