COVID-19 telah mencipta sejarha dunia apabila sukan musim panas terbesar dunia, Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Tokyo pada tahun ini ditunda pada tahun depan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Jogn Coates menyatakan bahawa sukan itu akan tetap diteruskan pada tahun hadapan biarpun COVID-19 masih ada.
“Olimpik tetap akan berlangsung tanpa atau dengan COVID-19. Acara akan bermula pada 23 Julai tahun depan.”Kata Coates ketika dihubungi pemberita.
Sukan Olimpik dijadualkan bermula pada 23 Julai tahun hadapan. Namun, buat masa ini pintu masuk antarabangsa Jepun masih lagi ditutup untuk pelancong luar negara. Kerajaan Jepun juga telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak akan menunda lagi acara tersebut sehingga melepasi 2021.
Sumber: BBC