Suka Pakai Baju Ketat Antara Punca Jadi Jerawat Pada Badan!

Masalah jerawat bukan sahaja terjadi pada bahagian wajah, malah ia sering berada pada bahagian belakang badan.

suka pakai baju ketat antara punca jadi jerawat pada badan!

Bermula dari seawal usia 20-an, jerawat badan ini terjadi disebabkan faktor hormon dan juga keturunan.

suka pakai baju ketat antara punca jadi jerawat pada badan!

Jika anda mengalami masalah jerawat badan, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jerawat ini daripada terus ‘bermaharajalela’ di belakang badan anda:

 

1. Banyakkan meminum air putih.

2. Rajin mandi.

3. Elak dari menggosok badan dengan kuat

4. Gunakan sabun jenis antiseptik.

5. Jangan beli sembarangan jenis ubat dan elak penggunaan pil perancang, ubat steroid, serta vitamin B12 kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan jerawat.

6. Rajin tukar baju, jangan pakai baju yang sama berulang kali.

7. Elak dari pakai baju ketat dan berlapis kerana tiada pengaliran udara yang baik.

8. Elak dari makanan berminyak dan tidak berkhasiat.

9. Mandi dengan air rebusan sirih sekurangnya sekali sehari kerana air sirih mengandungi antiseptik semula jadi yang mampu menyembuhkan infeksi pada kulut dan mengurangkan masalah jerawat.

10. Hiris kayu manis dan campur dengan air perahan limau. Kemudian usap pada bahagian belakang badan dan biar selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

11. Akhir sekali, kawal emosi dan stress kerana ia akan menghasilkan minyak dan sebum pada kulit jika tidak dikawal.

 

Dapatkan rawatan di hospital berdekatan sekiranya masalah kulit berjerawat ini menganggu kehidupan anda seharian.

suka pakai baju ketat antara punca jadi jerawat pada badan!

Sumber: Remaja