Lelaki Dedah Kakinya Kena Potong Akibat Suka Minum Teh Tarik Masa Usia Muda

Seorang lelaki berusia 55 tahun menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang gemar meminum teh tarik serta minuman manis lain, hingga menyebabkan kakinya kini terpaksa dipotong akibat kencing manis.

lelaki dedah kakinya kena potong akibat suka minum teh tarik masa usia muda

Menerusi video di Tiktok, lelaki yang dikenali sebagai Lan berkata, ketika usia mudanya dahulu dia amat gemar minum teh tarik dalam tiga hingga empat gelas sehari.

 

Disebabkan ketagihan minuman yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia itu, Lan kemudian disahkan menghidap kencing manis seawal usia 20-an.

 

Menurutnya, dia gemar menikmati teh tarik sama ada sejuk mahupun panas, dan kadang-kala membungkusnya untuk diminum ketika memandu. Malah, jadual makannya juga tidak teratur dan pernah juga makan sekitar jam 3 pagi.

lelaki dedah kakinya kena potong akibat suka minum teh tarik masa usia muda

Tidak cukup dengan itu, Lan juga mengakui tidak gemar minum air masak atau air kosong, dan lebih memilih teh tarik atau minuman manis sebagai hidangan.

 

Bagaimanapun kesihatannya semakin merosot apabila memasuki usia 40-an, dengan luka kecil pada kaki akibat terkena paku. Luka itu menjadi semakin parah, hingga dia terpaksa menjalani pembedahan.

 

Namun, disebabkan keadaan kakinya yang teruk, doktor mencadangkan agar kedua kakinya itu dipotong.

 

@kedidi_kakipalsu Abang Azlan share tabiat dia masa muda.Umur 45 dia kata dah start nampak kesan.Perlu kaki palsu tapi tak mampu? boleh hubungi kami.Moga bermanfaat #diabetes #kencingmanis #kedidikakipalsu #amputeeinfo ♬ original sound - kedidikakipalsu

 

Kisah ini mendapat perhatian ramai warganet dan rata-rata daripada mereka mulai takut untuk terlalu meminum manis dan mahu menjaga kesihatan dengan baik, lebih lagi pada usia muda.

 

Sumber: Astro AWANI / Tiktok