Subvarian Omicron Iaitu BA.22 Dikesan Di Thailand

Sekurang-kurangnya empat kes berpotensi subvarian COVID-19 Omicron BA.2.2 dikesan di Thailand.

subvarian omicron iaitu ba.22 dikesan di thailand

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr. Suakit Sirilak, strain itu pertama kali ditemui di Hong Kong pada seorang warga asing dan tiga rakyat tempatan.

Namun, ia masih menunggu pengesahan lanjut, katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai supaya bertenang keana ia masih belum mencapai tahap membimbangkan.

“Setakat ini, belum ada maklumat mencukupi untuk menilai tahap penularan strain itu dengan tepat.

“Terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa BA.2.2 boleh merebak lebih cepat atau lebih serius berbanding varian lain,” jelasnya.

Pada ketika ini, Omicron merupakan strain dominan di Thailand, menyumbang kepada 99.6 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan di negara itu.

Berbanding Delta, Omicron merebak empat kali lebih pantas dan telah bermutasi kepada tiga subvarian iaitu BA.1, BA.2 dan BA.3.


Sumber: [1]