Suami Nak Anak Lelaki Lepas Tiga Anak Perempuan ‘Disekolahkan’ Doktor, Tapi Masih Degil

Soal kehamilan adalah topik yang sering diajukan kepada golongan wanita.

 

Misalnya jika sesuatu pasangan itu belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin, ramai yang akan menuding jari mempersalahkan wanita kononnya tidak subur. Akan tetapi, banyak kes masa kini yang membuktikan sebenarnya ramai kaum lelaki yang tidak subur menjadi punca kenapa ramai pasangan masih belum memperolehi anak.

 

Sama kisahnya dengan apa yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang berjumpa pakar bidan ini kerana mahukan anak lelaki selepas memperoleh tiga orang anak perempuan.

suami nak anak lelaki lepas tiga anak perempuan ‘disekolahkan’ doktor, tapi masih degil

Menurut perkongsian oleh doktor bidan, Puan Zulfa, pasangan itu nekad untuk memperoleh anak lelaki dengan apa jua cara sekalipun, termasuklah mengambil ubat, suntikan dan lain-lain lagi.

 

Dr Zulfa kemudian menerangkan secara terperinci mengenai pembentukan gender bayi. Menurutnya, suami adalah penentu kepada jantina bayi yang akan dibentuk kerana membawa dua jenis kromosom iaitu XY, berbanding isteri yang membawa kromosom XX.

suami nak anak lelaki lepas tiga anak perempuan ‘disekolahkan’ doktor, tapi masih degil

Ringkasnya, kromosom XY pada sperma suami menentukan sama ada bayi yang akan dilahirkan itu bayi perempuan (XX) atau bayi lelaki (XY).

 

Bagaimanapun kesabaran Dr Zulfa semakin menipis apabila si suami seakan-akan tidak dapat menerima penjelasan selama hampir 30 minit itu, dan terus meminta cadangan lain yang lebih praktikal.

suami nak anak lelaki lepas tiga anak perempuan ‘disekolahkan’ doktor, tapi masih degil

Video perkongsian Dr Zulfa di Tiktok ini telah mendapat ribuan tontonan dan komen daripada warganet.

 

@bidanzulfaa Kirain dijaman skrg udah ga ada yg namanya mentingin gender #edukasikesehatan #bidanzulfa #ceritakehidupan ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari

 

Sumber: Tiktok