Baru Kahwin Tak Sampai Setahun, Pasangan Muda Ini Terpaksa Tinggal Di Bawah Jambatan Kerana Tidak Mampu Sewa Rumah

Sepasang suami isteri muda terpaksa menjadikan tembok batu di bawah jejambat Jalan Bagan Dalam, Butterworth sebagai tempat berteduh siang dan malam mereka sejak susulan gagal membayar sewa rumah.

baru kahwin tak sampai setahun, pasangan muda ini terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak mampu sewa rumah

Menurut lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Mohd itu, dia dan isterinya, Siti, 23, baru mendirikan rumah tangga bersama kurang dari setahun.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, mereka terpaksa menjadikan lokasi terbabit sebagai ‘kediaman’ mereka selepas gagal melunaskan sewa rumah terdahulu.

“Kami tidak mahu menyusahkan keluarga masing-masing kerana mereka juga ada masalah sendiri, tambahan pula ibu saya yang tinggal bersama abang yang menghidap penyakit dalam perut.

“Kadangkala kami berulang alik antara jejambat ini dan Jalan Bagan Luar kerana di situ ramai yang membantu.

“Dahulu saya pernah bekerja sebagai pengasuh, tetapi kini sukar untuk mencari kerja bersesuaian kerana kami tiada kenderaan,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut merupakan antara 300 penerima bantuan makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) The Ascott Merdeka yang bertujuan membantu golongan gelandangan serta individu kurang berkemampuan.

 

Sumber: Kosmo