Strim SYOK Podcast Baharu, ‘Terkejutawan’ Eksklusif Di Aplikasi SYOK!

Buat julung kalinya, SYOK menampilkan figura berpengaruh, Datuk Haji Aznil Haji Nawawi yang cukup popular sekali dengan sapaan Pak Nil menerusi siri SYOK Podcast terbaru berjudul “Terkejutawan”.

strim syok podcast baharu, ‘terkejutawan’ eksklusif di aplikasi syok!

Pasti ada yang tertanya-tanya mengenai apakah siri “Terkejutawan” ni kan?

Siri “Terkejutawan” merupakan sebuah siri podcast terbaru yang mengupas pelbagai kisah kejayaan anak-anak muda yang berasal dari bermacam-macam latar belakang, tanpa mengira bidang yang diceburi mereka, baik perniagaan produk kesihatan, industri kecantikan, secara maya dan banyak lagi.

Antara personaliti yang hadir berkongsi cerita menerusi siri “Terkejutawan” ini termasuklah pasangan selebriti Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengimbas kembali tentang perjalanan dari ‘zero to hero’ mereka ketika pertama kali melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan.

Tidak ketinggalan, pelakon dan pengasas produk kosmetik, Aerif Zafrel; dan pengasas produk-produk tempatan seperti Dato Azril dan Dato Zhafran dan Pn Kartika Eskayvie juga merupakan antara tetamu jemputan istimewa yang mendedahkan ‘rahsia jutawan’ mereka.

Turut sama berkongsi cerita mengenai kejayaan mereka termasuklah pengasas pusat spa kecantikan, Dr Hannan Yusof dan usahawan maya, Najib Assadok.

Senang cerita, siri “Terkejutawan” pastinya akan menginspirasikan para pendengar yang mana mereka juga boleh mengambil pelbagai pelajaran tentang selok-belok dunia perniagaan serta pengurusan kewangan menerusi cerita yang dikongsikan kesemua peniaga muda ini.

Dan yang pasti, setiap satu episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang dapat dijadikan panduan untuk pendengar.

Mereka yang berminat untuk mendengarkan siri podcast “Terkejutawan” boleh strim secara eksklusif di aplikasi dan laman SYOK yang mana episod terbaru akan dikeluarkan setiap Jumaat jam 10 pagi.