Strim Konsert Digital ‘Konsert 1 Juta Youtube ERA’ Pada 25 Oktober

Bagi meraikan kejayaan sebagai radio tempatan pertama  yang berjaya meraih 1 juta pengikut di platform YouTube, radio ERA menjemput semua rakyat Malaysia untuk menikmati Konsert 1 Juta YouTube ERA.

strim konsert digital ‘konsert 1 juta youtube era’ pada 25 oktober

Konsert 1 Juta YouTube ERA boleh distrim secara langsung pada 25 Oktober 2021 ini, jam 9 malam di YouTube dan Facebook Live ERA.

Antara penyanyi yang akan menghiburkan orang ramai termasuklah Haqiem Rosli, Wany Hasrita, Dolla, Azzam Sham, Iman Troye, Sarah Suhairi, Shiha Zikir, Yonnyboii, Asyraf Nasir, Zynakal.

Turut tidak ketinggalan, kumpulan The Locos yang merupakan penata muzik dan persembahan bagi konsert tersebut.

Persembahan-persembahan menghiburkan dalam Konsert 1 Juta YouTube ERA dibawakan khas oleh Win Win Cracker.

Layari di laman rasmi dan di platform media sosial ERA untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan Konsert 1 Juta YouTube ERA.