Disebalik Kejayaan Filem Animasi Bertaraf Global Ini, Rupanya Hasil Karya Anak-Anak Malaysia!

Sempena Merdeka ini, Disney+ Hotstar mengambil kesempatan untuk memperkenalkan enam anak Malaysia berbakat yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan.

 

Daripada siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyentuh sanubari, anak-anak Malaysia ini telah mengharumkan nama negara kita di persada global. Sambil kita meraikan Hari Kebangsaan tahun ini, jom strim karya-karya anak Malaysia ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

 

#1 Muhammad Usamah Zaid Yasin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Wau Animation

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Bukan sahaja satu kebanggaan Malaysia, Ejen Ali turut menjadi nama isu rumah dan kegemaran ramai, khususnya untuk WAUriors. Usamah Zaid adalah pencetus ilham dan pencipta utama di sebalik francais animasi yang memenangi pelbagai anugerah ini. Musim ketiga rancangan ini telah disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand dan terus menjana populariti di Malaysia.

Ikuti Ejen Ali Musim 1, 2, dan 3 (Bahagian Pertama), Ejen Ali The Movie, Ejen Ali: Misi Juang, dan nantikanlah lebih keterujaan, kerana Ejen Ali Musim 3 (Bahagian Dua) akan diteruskan lagi selepas penampilan mengejut Rizwan di tengah-tengah huru-hara berlaku di Pusat Sains Cyberjaya! Bahagian Kedua ini bakal disiarkan di Disney+ Hotstar Disember ini.

 

#2 Lyon Liew, Pengarah Teknikal Simulasi di Pixar Animation Studios

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Anak kelahiran Melaka, Lyon Liew telah menghasilkan pelbagai animasi termasuk Turning Red yang disukai ramai. Mengambil kira setiap perincian, Lyon mengetuai pasukannya untuk menghidupkan watak Mei dengan membuat pakaian, rambut, prop dan bulu panda merah gergasinya yang bergerak secara realistik. Minat mendalamnya terhadap penceritaan visual telah menonjolkan ciri estetika dan budaya Asia di skrin dan pentas global. Nikmatilah hasil karya beliau yang hebat dalam Luca, Incredibles 2, dan Coco.

 

#3 Kiki Poh Mei Kee, Pengarah Teknikal di Pixar Animation Studios

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Sebagai animator Pixar Malaysia pertama yang pakar dalam teduhan (shading) dan dandanan (grooming), Kiki Poh merupakan inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia yang bertekad menjadi animator yang mahir. Kiki mengaplikasikan seni teduhannya pada tekstur permukaan dan warna watak dengan penuh ketelitian. Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, beliau telah terbabit dalam beberapa animasi yang terulung dan memenangi anugerah, seperti Luca, Onward, Cars 3, Finding Dory, dan Inside Out.

 

#4 Andrea Goh Siau Wei, Ketua Susun Atur (Kamera & Pementasan) di Pixar Animation Studios

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Andrea Goh merupakan artis susun atur di Pixar Animation Studios. Antara pencapaian terbesarnya adalah mengambil bahagian dalam penerbitan Toy Story 4 Disney-Pixar. Andrea juga seorang pembuat filem dan pengarah teknikal yang serba mahir. Beliau turut berkecimpung dalam medium animasi lain seperti pemodelan, ukiran dan sebagainya. Bakat beliau yang versatil terserlah dalam animasi-animasi seperti Incredibles 2, Coco, dan Cars 3.

 

#5 Alvin Wee, Pengadun Muzik, Jurutera Rakaman dan Penerbit Muzik

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Anak kelahiran Sarawak, Alvin Wee merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Adunan Bunyi setelah menghasilkan runut bunyi untuk Encanto. Bukan itu sahaja, hasil karya itu turut membolehkan beliau merangkul Anugerah Pencapaian Kerjaya berprestij untuk adunan bunyi oleh Cinema Audio Society. Gubahan runut bunyi yang indah tersebut berjaya manambati hati penonton global, sekali gus membolehkan animasi itu mendapat tiga pencalonan dalam Anugerah Akademi.

 

#6 Adele Lim, Penulis Skrin

disebalik kejayaan filem animasi bertaraf global ini, rupanya hasil karya anak-anak malaysia!

Adele Lim menikmati kejayaan karier dalam TV Amerika dan terkenal dengan penulisan skrinnya yang menonjolkan budaya Asia. Filem animasi Raya and The Last Dragon, yang memaparkan puteri Asia Tenggara Disney buat julung kalinya, menyerlahkan keupayaan Adele dalam mempersembahkan budaya Asia secara asli.

 

Akhir kata, marilah kita sama-sama meraikan minggu Merdeka bersama anak-anak Malaysia ini yang telah menyumbang kepada rancangan-rancangan di Disney+ Hotstar.

ARTIKEL BERKAITAN