Status Gelandangan Bukan Penghalang Pelajar Ini Untuk Raih Top Student

status gelandangan bukan penghalang pelajar ini untuk raih top student

Kesusahan dan kemiskinan bukanlah penghalang untuk meraih kejayaan kerana syarat untuk berjaya adalah usaha.

Perkara ini dibuktikan oleh seorang remaja di Florida di mana beliau berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang biarpun bergelumang dengan status gelandangan.

Martin Folsom turut dipilih sebagai wakil pelajar ketika majlis graduasi untuk membeli ucapan.

“Perkara ini sangat mengejutkan saya tapi saya rasa sangat seronok” katanya.

Folsom dan ibunya menjadi gelandangan semenjak dia kecil lagi. Walaupun begitu, Folsom tidak pernah putus asa mengejar impiannya dan paling penting ibunya sentiasa ada bersamanya.

“Ibu saya merupakan seseorang yang sentiasa ada buat saya. Sekiranya saya sedih atau bila mana saya memerlukan seseorang untuk ketawa atau bercakap, ibu saya akan sentiasa ada buat saya. Dia sentisa memberi sokongan kepada saya.” Katanya lagi.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya tanpa mengira status atau pangkat mahupun darjat. Yang penting, USAHA!

Sumber: KLFY