Program Realiti Masakan Popular, ‘Star Vs Food Malaysia’ Kembali Musim Ke-2!

Program realiti masakan popular yang telah memenangi banyak anugerah, Star Vs Food Malaysia 2 akan kembali menemui penonton 19 Februari ini.

program realiti masakan popular, ‘star vs food malaysia’ kembali musim ke-2!

Menerusi penerbitan bersama Astro dan Warner Bros. Discovery, rancangan ini akan ditayangkan menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO.

 

Imbas kembali pada musim pertama Star Vs Food Malaysia, program ini merupakan pemenang anugerah ‘Grand Final’ untuk kategori ‘Best Adaptation of an Existing Format’ di Asian Academy Creative Awards (AACA). Program realiti masakan ini adalah berdasarkan format asal Warner Bros. Discovery, ‘Star Vs Food’, yang menyaksikan kejayaannya di India.

program realiti masakan popular, ‘star vs food malaysia’ kembali musim ke-2!

Dalam musim pertama Star Vs Food Malaysia, peminat menikmati konsep program masakan unik di mana selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef dengan cara yang mudah dan menarik termasuk satu daripada episod yang paling banyak ditonton, di mana Cef Fazley Yaakob membawa kehangatan memasak bersama pelakon Hisham Hamid dengan penyediaan hidangan lazat Malaysia iaitu Daging Salai Lemak Masak Cili Api, Sambal Hijau dan Jagung Bakar Macaron.

 

 “Berikutan kejayaan musim pertama, kami teruja untuk mempersembahkan musim baharu Star Vs Food Malaysia dengan pendekatan terkini.

“Penonton boleh menjangka untuk melihat lebih banyak huru-hara dan keseronokan daripada barisan cef dan selebriti ternama di dapur. Sebagai tambahan, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama menerbitkan kandungan bersama Warner Bros. Discovery, di samping mengembangkan senarai format kandungan tempatan kepada penonton di Malaysia,” demikian menurut Sharmin Parameswaran, Naib Presiden, Perniagaan Antarabangsa, Astro.

program realiti masakan popular, ‘star vs food malaysia’ kembali musim ke-2!

Star Vs Food Malaysia 2 akan menampilkan lebih ramai gandingan selebriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional: Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan; Prof. Dato’ Cef Zam adan Ning Baizura; Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson; Altimet dan Cef Thevi; Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila; Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie; serta Cef Edwin Chan dan Diana Danielle, sebanyak tujuh episod. Gandingan ini ada menyediakan pelbagai hidangan baharu dalam setiap episod termasuk makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi, sambil mengembara merentasi bandar-bandar di seluruh negara.

 

Tayangan perdana episod-episod baharu Star Vs Food Malaysia 2, pada 12 tengah hari, setiap Ahad di PRIMEtime (Saluran 704) dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 7.30 malam. Para pelanggan juga boleh strim Star Vs Food Malaysia 2 di On Demand dan Astro GO.

 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.