Squid Game Sebenar Dianjurkan Di Abu Dhabi, Tapi Tiada Hadiah Diberikan

Drama bersiri Korea berjudul Squid Game benar-benar menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

gara-gara squid game, filem jepun yang dikatakan sama ini turut terima tempias populariti!

Mengisahkan tentang siri permainan kanak-kanak yang disertai oleh mereka yang mempunyai masalah kewangan, drama ini boleh dilabelkan sebagai ganas kerana wujud elemen kejam dan bunuh.

gara-gara squid game, lelaki ini terima lebih 4,000 panggilan sehari

Terbaharu, Squid Game di dunia sebenar dikatakan akan dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan disertai oleh puluhan peserta.

squid game sebenar dianjurkan di abu dhabi, tapi tiada hadiah diberikan

Cuma bezanya adalah, tiada unsur kekejaman serta hukuman mati dilakukan, malah ia adalah sah disisi undang-undang.

 

Dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Korea di Abu Dhabi, permainan ini akan menjadi sebagai salah satu cara mempromosikan budaya orang Korea.

 

Difahamkan lebih dari 300 individu memohon untuk menyertai permainan ini, namun penganjur hanya memilih 30 orang peserta yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta juga akan diberikan uniform hijau, manakal pekerja akan menyarung baju warna merah beserta topeng, sama seperti dalam drama Squid Game.

 

Menurut laporan, lima permainan akan dimainkan iaitu ‘Red Light, Green Light, batu loncatan kaca, permainan Gula Dalgona, Guli dan Ttakji dalam 5 pusingan berbeza.

 

Bagaimanapun, tiada sebarang hadiah akan diberikan untuk program ini.

 

Pengarah Pusat Kebudayaan Korea, Nam Chan-Woo berkata “Di tengah fenomena Squid Game, kami telah menyediakan acara ini agar orang ramai di UAE merasai pengalaman bermain permaianan tradisional Korea.

“Sama seperti K-pop yang telah mendapat perhatian di seluruh dunia melalui YouTube pada tahun 2010-an, saya rasa Netflix akan menjadi saluran untuk penyebaran global kandungan video Korea seperti drama dan filem.”

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN