Sah! Atas Permintaan Ramai, Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua

Drama bersiri popular dari Korea Selatan, Squid Game disahkan bakal bersambung dengan musim kedua tidak lama lagi.

sah! atas permintaan ramai, squid game bakal muncul musim kedua

Drama sensasi yang ditayangkan menerusi Netflix itu bakal menunaikan permintaan orang ramai yang mahukan siri berkenaan disambung.

 

“Terdapat begitu banyak tekanan, begitu banyak permintaan dan begitu banyak dorongan untuk musim kedua.

“Jadi, saya hampir merasakan anda tidak meninggalkan kami sebarang pilihan, tetapi saya akan katakan memang akan ada musim kedua.

“Ia berada di dalam kepala saya sekarang. Saya sedang dalam proses perancangan. Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana.

“Jadi saya akan berjanji ini kepada anda, Gi-hun akan kembali dan dia akan melakukan sesuatu untuk dunia,” kata pengarahnya, Hwang Dong-Hyuk.

sah! atas permintaan ramai, squid game bakal muncul musim kedua

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa elemen terbuka pada musim pertama 9 episod yang diperdebatkan penonton dalam musim kedua sekiranya perkara itu berlaku.

 

Siri Squid Game telah mencetuskan satu fenomena luar biasa di seluruh dunia dan mendahului carta tayangan popular bukan berbahasa Inggeris di Netflix sejak ia mula ditayangkan pada 17 September lalu.

 

Sumber: [1]