Squid Game 2 Dijangka Tayang Pada Penghujung 2023 Paling Awal

Squid Game akan kembali ke platform penstriman popular, Netflix untuk musim keduanya.

squid game 2 dijangka tayang pada penghujung 2023 paling lambat

Bagaimanapun, para peminat siri itu mungkin perlu menunggu lebih setahun untuk episod-episod terbarunya.

Pencipta siri itu, Hwang Dong Hyuk memberitahu Vanity Fair bahawa dia meramalkan siri kedua drama itu tidak akan dikeluarkan sehingga penghujung 2023, paling awal pun.

Terdapat juga kemungkinan bahawa ia akan dikeluarkan sekitar awal 2024.

Vanity Fair turut menambah dalam laporannya dengan menulis, “Hwang hanya mempunyai idea bernilai kira-kira tiga halaman yang dia merancang untuk dijadikan skrip, jadi tidak banyak yang boleh dia katakan tentang musim kedua kecuali akan ada lebih banyak permainan.”

Squid Game pertama kali ditayangkan kepada penduduk dunia pada musim gugur tahun lalu dan memecahkan rekod di Netflix sebagai siri Netflix Originals yang paling banyak ditonton dalam sejarah.

Siri tersebut juga mencipta sejarah di Anugerah Persatuan Pelakon Skrin 2022 dengan menjadi bukan bahasa Inggeris dan siri Korea pertama yang mendapat pencalonan di samping merangkul tiga Anugerah Golden Globe, termasuk drama TV terbaik.

Netflix dilaporkan membayar AS$21.4 (RM94,138,600) untuk musim pertama siri itu dan telah menganggarkan siri itu akan menyampaikan nilai impak berjumlah AS$891 juta (RM3,919,509,000), menurut data dalaman sulit yang dibocorkan kepada Bloomberg.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN