SpongeBob Dan Patrick Wish Ramadan Dengan Berbaju Melayu Dan Samping Lah

spongebob dan patrick wish ramadan dengan berbaju melayu dan samping lah

Siapa je yang tak kenal dengan kartun terkenal warna kuning, SpongeBob kan? Semua mesti pernah tengok watak hidupan laut ni.

Bersempena dengan bulan Ramadan, SpongeBob dan kawan baiknya, Patrick Star telah tampil membuat ucapan salam Ramadan kepada umat Islam. Tapi, yang menariknya adalah mereka berdua berpakaian baju melayu serta bersamping. Wah!

Gambar berserta ucapan tersebut telah dimuatnaik melalui akaun Twitter rasmi @Spongebob dan juga akaun Instagram rasmi mereka. Gambar tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari peminat di seluruh dunia.

Kalau ikut gambar tu, SpongeBob dan Patrick berada di dalam rumah nenas milik SpongeBob. Di belakang mereka terdapat banner tertulis Ramadan Mubarak.

Wah, memang comel lah SpongeBob Squarepant memakai baju melayu lengkap warna mereka. Manakala Patrick Star pula berbaju melayu warna hijau serta bersamping! Nampak segak sungguh.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

wishing everyone a Happy Ramadan!

A post shared by SpongeBob SquarePants (@spongebob) on

Sumber: Instagram SpongeBob