Spider-Man Di Kelantan Tolong Warga Emas Lintas Jalan, Buat Wargamaya Terhibur!

Dua pekerja gerai di Pasir Puteh, Kelantan tular dalam video di TikTok selepas membantu seorang warga emas melintas jalan sambil mengenakan kostum Spider-Man masing-masing.

spider-man di kelantan tolong warga emas lintas jalan, buat wargamaya terhibur!

Duo lucu itu dipuji sebagai wira selepas menghentikan lalu lintas bagi membantu seorang wanita tua untuk menyeberang jalan dengan selamat bersama basikalnya.

Yaakub Mohammad, salah seorang daripada duo tersebut memberitahu portal akhbar tempatan bahawa ia bukan kali pertama mereka membantu wanita tua itu melintas jalan.

“Dia sering memanggil kami untuk membantunya melintas jalan di tempat yang sama jadi kami sudah biasa membantunya.

“Lagipun, ia adalah sesuatu yang kecil yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagaimanapun, Yaakub mengaku terkejut apabila melihat video mereka itu dikongsi berkali-kali.

Kongsinya, dia dan rakannya telah menjual minuman sejuk serta makanan panas seperti sup tom yam sejak 2018 dan memakai kustom Spider-Man untuk mempromosikan gerai mereka.

Video di TikTok itu telah ditonton lebih tiga juta kali dengan tanda suka mencecah lebih 200,000.

Sementara ramai pengguna TikTok terhibur melihat gelagat mereka, namun ada juga pengguna yang mengatakan kedua-dua mereka adalah wira Spider-Man sejati kerana tidak sahaja mengenakan kostum adiwira itu tetapi mereka turut sedaya upaya membantu individu yang memerlukan.

@azharpenjualjalanan

Video ori

♬ bunyi asal - PENJUAL JALANAN

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN