Spesis burung bupati yang sangat jarang dijumpai ini mungkin akan mengalami kepupusan disebabkan kini mereka semakin lupa untuk menghasilkan bunyi berkicau semasa mengawan.
Dikenali sebagai Regent Honeyeater, spesis burung pemakan madu ini hidup di beberapa kawasan di tenggara Australia, tetapi spesies ini semakin terancam, dengan hanya 300 ekor sahaja yang masih wujud di seluruh dunia.
Spesis burung bupati ini sangat terkenal dengan kerumitan irama berkicau yang mereka gunakan ketika musim mengawan. Tambah pula bilangannya yang kini semakin sedikit, burung ini juga semakin lupa bunyi yang sepatutnya mereka hasilkan ketika musim mengawan, menyebabkan bilangannya semakin berkurangan.
Menurut pakar ornitologi dari Australia, mereka memperhatikan burug bupati jantan cuba meniru bunyi kicauan daripada spesies burung lain seperti burung friarbird, currawong dan cuckooshrikes, namun tidak dapat dipastikan mengapa ia berlaku. Beberapa pakar percaya bahawa peniruan ini dianggap sebagai strategi yang disengajakan untuk mengelakkan mereka diserang oleh burung yang lebih besar. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini menunjukkan keputusan yang sebaliknya.
"Burung ini tidak punya kesempatan untuk belajar apa yang seharusnya mereka kicaukan.
"Mereka tidak berpeluang untuk bergaul dengan burung dari spesis mereka yang lain dan belajar seperti apa daripada bunyi dan suara mereka." kata Dr Ross Crates, ahli ekologi dari Fenner School of Environment.
Sumber: BBC