SOP Scan Suhu Badan Tidak Lagi Diwajibkan

Mulai hari ini, semua orang tak lagi diwajibkan untuk scan suhu badan sebelum masuk mana-mana premis.

KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.

sop scan suhu badan tidak lagi diwajibkan

Langkah yang lebih berkesan adalah duduk di rumah kalau rasa tak sihat bagi elak jangkitan berlaku.

Tapiiii, scan MySejahtera wajib tau!

Jangan buat-buat lupa pulak bila nak masuk mana-mana kedai nanti.

sop scan suhu badan tidak lagi diwajibkan

MySejahtera ni penting untuk rekod ke mana kita pergi.

Kalau kita dijangkiti Covid-19, lebih mudah untuk KKM kesan kontak rapat.

Tambah-tambah lagi kes harian yang semakin meningkat sekarang ni.

Risauuuuuu.

Walaupun kita bebas ke mana-mana, tolong patuh SOP sepanjang masa.

Kalau takde hal penting, duduk je kat rumah, okay.

Lagi satu, segera dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 di PPV yang berdekatan.

Ini usaha kita untuk kawal peningkatan kes gara-gara varian Omicron yang mudah berjangkit.

Ibu bapa pun perlu daftarkan anak-anak untuk ambil vaksin bagi melindungi mereka daripada jangkitan Covid-19.

Takkan kita yang dewasa je nak perlindungan, ye tak?

Stay safe everyone!

 

Oleh: Nurul Izzati