SOP Berkenaan Sambutan Aidilfitri Diumumkan Minggu Hadapan

Prosedur operasi standard (SOP) berkenaan sambutan Aidilfitri dikhabarkan akan diumumkan pada minggu hadapan.

sop berkenaan sambutan aidilfitri diumumkan minggu hadapan

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan kini sedang berada dalam proses untuk mempertimbangkan cadangan berserta saranan daripada Jabataan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, “Kita mendengar pembentangan JAKIM berkenaan SOP hari raya seperti takbir, solat Aidilfitri, menziarahi kubur dan lain-lain.”

Tambahnya lagi, “Kita akan mengemas kini dan menambah baik beberapa bahagian dan minggu depan, kita akan umumkan SOP yang lebih terperinci.”

Sementara itu, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh urus niaga berikutan aduan yang diterima daripada komuniti peniagaan di bazar Aidilfitri berkaitan tempoh perniagaan yang singkat.

Terang Datuk Seri Ismail, “Kita diberitahu orang ramai akan berkunjung ke bazar, kebiasaannya selepas selesai solat tarawih. Dengan waktu perniagaan sekarang sehingga jam 12 tengah malam, waktu urus niaga mereka sangat singkat.

“Kerana itu kita bersetuju untuk lanjutkan waktu perniagaan bazar Aidilfitri sehingga jam 2 pagi.”

 

Sumber: [1]