sooka Lancar Siri Originals Pertama ‘Love in Lockdown’

Aplikasi penstriman sooka melancarkan siri pertama sooka Originals berjudul ‘Love in Lockdown’ yang dibintangi Siti Saleha, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar, dan Bella Rahim dan boleh distrim mulai 22 Februari ini.

sooka lancar siri originals pertama ‘love in lockdown’

‘Love in Lockdown’ diarahkan oleh Mai Fernandez, mengisahkan kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik.

Dihasilkan melalui kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro, siri ini akan berlangsung selama 10 episod dan hanya akan ditayangkan secara eksklusif di sooka.

“Pelancaran ‘Love in Lockdown’ ini adalah permulaan yang mantap bagi sooka untuk melancarkan 20 kandungan sooka Originals sepanjang 2022, yang bakal dihasilkan melalui kerjasama kreatif kami dengan beberapa syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan, penulis dan direktor tersohor seperti Wan Hasliza dari KL Motion Pictures, Redcom, Gayatri dan Infinitus, Dato Afdlin Shauki dari Petra Visionworks, Arie Zahari productions dan banyak lagi,” kata Ketua Rancangann sooka, Emarina Mohd Kamal.

sooka lancar siri originals pertama ‘love in lockdown’

“Kisah yang ingin kami sampaikan melalui sooka Originals bermula daripada aspirasi jenama kami untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza; dan kami ingin merealisasikannya melalui kerjasama dengan rakan kongsi kandungan tempatan yang mahir di dalam bidang penceritaan, dan yang memahami elemen yang dicari oleh khalayak dalam kandungan tempatan yang hebat,” tambah Emarina.

Love in Lockdown boleh didapati secara eksklusif di sooka. Penonton boleh menyaksikan 2 episod pertama secara PERCUMA mulai 20 Februari 2022, dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP sooka (RP: RM15.90/bulan), atau Pelan VIP+Sports (RP: RM41.90/bulan).

Untuk memenuhi keinginan anda untuk kandungan terbaik tempatan dan aksi sukan secara langsung, langgan Pelan VIP sooka sekarang atau muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau kunjungi sooka.my.