Song Joong Ki bakal memulakan keluarga baru dengan wanita pilihan hatinya Katy Louise Saunders.
Pelakon terkenal tersebut secara rasmi berkongsi berita tentang perkahwinan dan kehamilan isterinya melalui sepucuk surat yang menyentuh hati.

Song Joong Ki juga mendedahkan bahawa dia telah mendaftarkan perkahwinannya dengan Katy Louise Sanders.
Menurut agensi Song Joong Ki, High Zium Studio, "Majlis perkahwinan akan diadakan secara berasingan, tetapi belum ada keputusan rasmi lagi
"Kedua-duanya akan menghabiskan masa sebagai pengantin baru mereka secara berulang-alik dari Korea Selatan dan United Kingdom."
Tahniah kepada Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders!
Sumber: Soompi