Song Ji Hyo Tanya Kalau-Kalau Kim Jong Kook Ada Simpan Hati Pada Dia

Ahli Running Man, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang juga digelar para peminat sebagai pasangan Spartace sekali lagi menimbulkan ‘kekecohan’ dengan kemesraan mereka!

song ji hyo tanya kalau-kalau kim jong kook ada simpan hati pada dia

Menerusi video ‘teaser’ yang disiarkan bagi program Problem Child in House, Jong Kook didedahkan akan menyertai program tersebut sebagai pengacara barunya.

Menariknya, Ji Hyo juga akan muncul sebagai tetamu pertamanya.

Dalam ‘teaser’ itu, Jong Kook dilihat berkata, “Saya mahu menjadi aktif dan meriah (semasa mengendalikan persembahan). Saya seronok melakukan sesuatu dengan penuh semangat. “

Selepas rakan pengacara, Kim Sook memintanya untuk menyambut tetamu pertama, Jong Kook akhirnya memperkenalkan Ji Hyo yang mana pelakon jelita itu tiba-tiba marah secara main-main kepada Jong Kook dengan berkata, “Saya sudah lama menunggu di belakang!”

Kedua-dua mereka kemudian segera mempamerkan ikatan rapat sesama sendiri sambil bermain-main bertengkar antara satu sama lain.

Paling mencuit hati, bintang drama Princess Hours itu dengan selambanya turut dilihat bertanya kepada Jong Kook, “Opaa, adakah saya pernah membuat hati awak berdebar sebelum ini?”, membuatkan selebriti berbadan tegap itu menjadi malu serta-merta.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN