Bintang Running Man, Song Ji Hyo mengaku bahawa dia pernah berasa menyampah ketika pertama kali dikaitkan dalam ‘love line’ bersama Kim Jong Kook dalam program tersebut.
Ketika muncul sebagai tetamu jemputan dalam program Tteokbokki Brothers baru-baru ini, Ji Hyo mengaku, “Sejujurnya, saya sangat membencinya pada mulanya. Saya juga meminta kepada Jong Kook, ‘Jangan berbuat begitu’.”
Sebelum ini, Ji Hyo pernah mempunyai ‘love line’ bersama bekas anggota Running Man, iaitu Gary yang mana mereka digelar “Monday Couple”.
“Saya pernah mempunyai ‘love line’ bersama Gary, tetapi selepas dia pergi, saya tiba-tiba mempunyai ‘love line’ dengan Jong Kook. saya tidak boleh membenarkan diri saya yang seorang mempunyai ‘love line’ dengan dua lelaki. Saya sangat membencinya,” katanya.
Dia kemudian menyambung sambil ketawa, “Tetapi pada suatu hari, saya melihat reaksi terhadap ‘love line’ kami dan responsnya baik-baik saja. Saya fikir, ‘Bolehkah saya melakukan ia?’. Tetapi sekarang, orang meminta kami melakukannya lebih banyak lagi.”
Apabila ditanya sekiranya dia pernah suka pada Jong Kook, jawab Ji Hyo, “Sungguh, tidak.”
Dia malahan mendedahkan bahawa jenis idealnya adalah bertentangan dengan Kim Jong Kook.
“Saya suka orang yang mempunyai isi perut sedikit dan seperti Winnie the Pooh.”
Sumber: [1]