Satu Rakaat Satu Juzuk, Solat Tarawih Disini Cecah 8 Jam Tiap Malam

Solat sunat Tarawih ialah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa bulan Ramadan.

.

Kebiasaannya, solat Tarawih dikerjakan 8 hingga 20 rakaat, dan dianggarkan dalam tempoh masa satu hingga satu jam setengah bergantung kepada bacaan surah oleh imam.

.

Bagaimanapun, sebuah sekolah di Magetan dekat Jawa Timur, Indonesia menjadi tular dalam media sosial selepas penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.

satu rakaat satu juzuk, solat tarawih disini cecah 8 jam tiap malam

Menurut Eko Mahmudi, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro berkata, ia sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali tibanya Ramadan apabila pelajar sekolah itu akan melaksanakan solat Tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

.

“Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat Isyak pada pukul 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur.

“Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran,” katanya.

.

Sekolah itu yang mempunyai 17,000 pelajar akan membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan, dimana ada kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk Al-Quran dan disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat Al-Quran ketika solat.

.

Bagi 30 juzuk pula, hanya beberapa pelajar sahaja disertai kerana imam dan makmum perlu menghafal Al-Quran.

.

“Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih.

“Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran,” katanya.

.

Sumber: [1]