Slovakia Sanggup Bayar RM1430 Kepada Penduduk Yang Ingin Divaksin

Mereka yang berumur 60 tahun ke atas di Slovakiaakan diberikan sebanyak 300 Euro (RM1,430) sekiranya mahu divaksin.

slovakia sanggup bayar rm1430 kepada penduduk yang ingin divaksin

Langkah tersebut dirangka oleh Menteri Kewangan Igor Matovic dalam usaha meningkatkan inokulasi selain membantu sistem penjagaan kesihatan di negara terbabit yang kini sedang bergelut di tengah-tengah lonjakan jangkitan baru.

Setakat ini, hanya 46.5 peratus daripada 5.5 juta penduduk di negara itu setuju untuk divaksin sepenuhnya.

Dalam undian 97-13, penggubal undang-undang di negara itu bersetuju bahawa mereka yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos utama vaksin menjelang 15 Januari akan menerima 200 Euro (RM953) secara tunai manakala mereka yang telah menerima dos penggalak pada tarikh itu pula akan mendapat 300 Euro (RM1,430).

Slovakia kini menghadapi peningkatan rekod jangkitan dengan catatan lebih 757,000 kes COVID-19 dan 15,179 kematian akibat wabak tersebut.

Negara itu telah melalui perintah berkurung sejak 25 November yang mana penduduknya hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka atas sebab tertentu.

Mereka yang tidak divaksinasi dan belum pulih daripada COVID-19 dikehendaki menjalani ujian saringan bagi menghadiri kerja selain hanya kedai yang menjual barangan keperluan masih dibuka.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN