Skuad Hoki Negara Tempah Slot Ke Piala Dunia!

Skuad hoki lelaki kebangsaan pamer aksi cemerlang pada saingan hoki Piala Asia kali ini.

Speedy Tigers buka saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya 7-0 ke atas Oman dan meneruskan lagi rentak kemenangan apabila kalahkan Korea Selatan, 5-4.

Pretasi baik skuad kendalian Arul Selvaraj tak terhenti kat situ je apabila mereka berpesta gol benam Bangladesh 8-1 untuk muncul juara kumpulan B.

skuad hoki negara tempah slot ke piala dunia!

Selepas ini, Malaysia akan diuji dalam saingan Super 4 bersama Jepun, Korea Selatan dan India.

Untuk makluman, 3 daripada 4 pasukan yang mara ke pusingan Super 4, secara automatik akan layak ke Piala Dunia.

Kegembiraan skuad hoki negara digandakan lagi apabila layak ke Piala Dunia tahun depan.

Ini kerana India meraih tiket selaku tuan rumah.

Jurulatih, Arul Selvaraj puas hati dengan prestasi anak buahnya dan fokusnya selepas ini adalah merencana taktikal yang terbaik untuk menjuarai Piala Asia.

skuad hoki negara tempah slot ke piala dunia!

Semoga Speedy Tigers dapat bawa balik trofi Piala Asia kali ini!

Good Luck!

 

Oleh Izzati Amir