Siti Nurhaliza Membuatkan Peminatnya Dari Nigeria Ini Menangis Kegembiraan!

siti nurhaliza membuatkan peminatnya dari nigeria ini menangis kegembiraan!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul ManifestaSITI2020. Album tersebut bukan sahaja mendapat perhatian peminatnya dari dalam negara malah juga di luar negara.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu itu telah melancarkan muzik video untuk sebuah lagu yang terkandung di dalam albumnya, SIapa Tak Mahu. Muzik video tersebut berjaya mencapai satu juta views selepas beberapa hari dilancarkan.

Macam biasalah, apabila dah ada MV ni ramai peminat yang membuat video reaksi. Salah seorang peminat penyanyi nombor satu Malaysia ini adalah seorang warga Nigeria yang dikenali sebagai Clevy Umoh. Beliau telah memuat naik video reaksi akan MV tersebut.

Apa yang menariknya adalah Siti Nurhaliza notice akan video tersebut dan telah memuat naik semula pada akaun Instagramnya. Clevy berasa sangat tersentuh dengan tindakan Siti Nurhaliza dan sehinggakan beliau menangis kegembiraan.

 Bukan itu sahaja, beliau juga menerima pujian daripada rakyat Malaysia kerana telah berjaya mendapat perhatian daripada penyanyi tersebut.

Korang dah tengok ke belum muzik video tu? MV tersebut telah menampilkan pelakon popular iaitu Hun Haqeem dan juga Mira Filzah.

ARTIKEL BERKAITAN