Lebih Kotor Dari Tandas, Jangan Basuh Bahan Mentah Terus Dalam Sinki

Setiap rumah pasti mempunyai kemudahan sinki yang menjadi tempat untuk kita membasuh pinggan mangkuk, mencuci sayur-sayuran, buah-buahan dan bermacam lagi termasuklah bahan mentah untuk memasak.

lebih kotor dari tandas, jangan basuh bahan mentah terus dalam sinki

Tahukah anda, perbuatan meletakkan atau mencuci bahan mentah memasak dalam sinki tidak digalakkan sama sekali kerana ia boleh menjadi penyebab kepada keracunan makanan?

 

Memetik hantaran oleh Pegawai Perubatan, Hospital Pulau Pinang, Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya baru-baru ini memberi sebab dan kenapa masalah diatas boleh berlaku.

lebih kotor dari tandas, jangan basuh bahan mentah terus dalam sinki

Menurut beliau, sinki merupakan salah satu tempat paling kotor dalam rumah, dengan lebih 17,000 bakteria yang ada dalam setiap inci persegi sinki. Malah wujud juga 13,000 bakteria pada paip sinki.

 

"Pakar mikrobiologi juga mengatakan bahawa sinki sebenarnya lebih kotor dari tandas kerana kandungan bakterianya lebih banyak.

“Itu baru dikira pada setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz sinki rumah kita, berapa banyak kuman yang ada di situ,” soalnya.

lebih kotor dari tandas, jangan basuh bahan mentah terus dalam sinki

Ujarnya lagi, bakteria-bakteria ini datangnya ketika kita membersihkan bahan mentah, lebihan makanan yang dibuang, pinggan mangkuk yang terbiar di sinki dan juga daripada keadaan sinki itu sendiri yang lembap dan basah.

 

Merujuk laman WebMD, bakteria-bakteria ini boleh menjadi penyebab kepada penyakit Escherichia coli dan salmonella. Kesannya, individu yang dijangkiti berdepan dengan masalah seperti cirit-birit dan muntah-muntah.

 

Justeru bagi mengelakkan ini daripada terjadi, kita mesti meletakkan bahan mentah yang hendah dibersihkan  dalam bekas sebelum mencucinya ke dalam sinki. Ia boleh mengurangkan risiko penyebaran bakteria terus ke dalam sinki yang digunakan kita setiap hari.

lebih kotor dari tandas, jangan basuh bahan mentah terus dalam sinki

“Lebih baik jika membersihkan bahan makanan mentah menggunakan bekas. Jangan gunakan alasan tidak ‘puas’ kalau bersihkan dalam bekas.

“Kita tidak tahu akan kesan bakteria itu pada tubuh badan sendiri dan anak-anak,” ujarnya.

 

Malah, kita juga perlu mengamalkan tabiat membersihkan sinki menggunakan produk disinfeksi yang dibuat khas untuk dapur. Penggunaan cuka dan jus lemon juga didapati mampu menghapuskan beberapa bakteria, namun ia tidak begitu efisyen.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN