Singapura Dinobatkan Negara Paling Mesra Instagram Di Dunia

Negara jiran Malaysia iaitu Singapura telah dinobatkan sebagai negara paling mesra Instagram di dunia baru-baru ini.

singapura dinobatkan negara paling mesra instagram di dunia

Anugerah itu diberikan sebuah agensi penerbitan pelancongan, Big 7 Travel selepas membuat pengiraan terhadap bilangan tanda pagar yang diletakkan di media sosial.

 

Singapura juga dikatakan mempunyai banyak kawasan pelancongan dengan peluang merakam gambar yang menarik, termasuk di Supertree Grove yang terletak di The Gardens by The Bay serta seni jalanan yang menarik, kaleidoskop di Haji Lane, dan banyak lagi.

singapura dinobatkan negara paling mesra instagram di dunia

“Sebagai satu hab seni di Asia, kawasan di negara itu sering mengadakan pameran yang unik dan sesuai buat pengunjung untuk merakam gambar yang menarik,’’ jelas artikel itu.

singapura dinobatkan negara paling mesra instagram di dunia

Sistem pemarkahan dibuat dengan menganalisis bilangan tandapagar pada setiap destinasi daripada 1.5 juta penonton.

 

Selepas Singapura, Pulau Boracay di Filipina dan Pulau Oahu di Hawaii masing-masing ditempat kedua dan ketiga senarai.

 

Tahun lalu, Jepun menduduki tempat pertama, manakala pada 2019 dan 2020, Sydney adalah juara lokasi paling mesra Instagram.

 

Sumber: [1]