Singapura Rasmi Belon Udara Panas Pertama, RM821 Untuk Satu Kepala

Singapura mengumumkan pembukaan belon udara panas pertama di negaranya dengan tiket berharga $265 (RM 821) setiap seorang, dengan had tiga orang dalam satu kumpulan.

singapura rasmi belon udara panas pertama, rm821 untuk satu kepala

Perjalanan belon udara panas yang dikenali sebagai “Ballons du Monde” itu mengambil masa 50 minit dan diterbangkan ketika matahari terbit dan petang.

Belon terbabit dikatakan mampu terbang antara ketinggian 25 hingga 30 meter, tetapi juga boleh dilaraskan berdasarkan kehendak peribadi.

Pengunjung turut dibenarkan untuk berkeliaran bebas di dalam tapak tersebut yang terletak di Bayfront Event Space untuk melihat belon udara panas, serta mengambil gambar.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN