Singapura Jangka Gelombang Baru Omicron Pada Julai Atau Ogos

Kementerian Kesihatan Singapura menjangkakan penularan gelombang baharu varian Omicron sekitar Julai atau Ogos ini.

singapura jangka gelombang baru omicron pada julai atau ogos

Menteri Kesihatannya, Ong Ye Kung berkata ia susulan daripada penurunan keberkesanan antibodi terhadap virus COVID-19.

.

Beliau turut memaklumkan kementerian itu mengenalpasti beberapa kes melibatkan subvarian COVID-19 BA.4 dan BA.5.

.

Bagaimanapun, kes subvarian itu masih belum melebihi kes subvarian BA.2.

.

“Alasannya adalah kerana kita semua mempunyai antibodi yang sangat tinggi, kerana vaksinasi kita, kerana gelombang Omicron baru-baru ini.

“Jadi tiada apa yang akan berlaku sehingga beberapa bulan kemudian, apabila antibodi kita mula berkurangan, maka anda boleh melihat BA.4 dan BA.5 kemungkinan muncul Julai atau Ogos. Itu anggaran kami,” katanya.

singapura jangka gelombang baru omicron pada julai atau ogos

Sebelum ini, varian Omicron mencatatkan 99 peratus kes tempatan pada April dengan purata kes harian sebanyak 18 ribu kes.

 

Sumber: [1], [2]