Simpton common’ Covid-19 adalah demam, batuk, sukar bernafas dan sakit tekak. Tetapi dikatakan simpton lain yang ramai orang tidak tahu adalah badan rasa lesu, hilang deria bau dan rasa. Simpton ini dikesan di kalangan pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gejala yang ramai orang tidak tahu adalah kelesuan dan hilang deria bau dan rasa. Sesetengah pihak mungkin tidak mempunyai symptom seperti batuk atau demam tetapi ada symptom hilang deria bau dan rasa haruslah menjalani ujian saringan kerana kes seperti ini pernah berlaku dan didapati positif.
Berhati hati jika ada symptom badan lesu atau hilang deria bau dan rasa kerana ini mungkin juga petanda dijangkiti COVID-19. Jika anda mempunyai simptom ini cepat cepat jumpa doctor dan dapatkan rawatan.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita