Simpanan Makin Kurang, Ahli KWSP Berkemungkinan Hidup Dalam Kemiskinan Di Usia Tua

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kerisauan mereka terhadap risiko majoriti ahlinya yang berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan gara-gara pengeluaran akibat COVID-19 yang telah menyebabkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi.

simpanan makin kurang, ahli kwsp berkemungkinan hidup dalam kemiskinan di usia tua

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, perkara ini bukan hanya akan memudaratkan kehidupan individu, tetapi juga terhadap landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya akan turut menjadi mencabar.

Jelas beliau lagi, pada ketika ini, sebanyak 48 peratus ahli KWSP yang berusia bawah 55 tahun memiliki simpanan KWSP pada tahap kritikal.

Ia merupakan peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

“Dengan jangkat hayat rakyat Malaysia pada 75 tahun, dan menjangkakan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun, simpamnan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

“Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun berjumlah RM13,000 bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka,” katanya.

Sebagai tambahan, simpanan median ahli KWSP pada usia 54 tahun pada RM38,000 pula bermaksud RM159 sebulan untuk tempoh 20 tahun yang akan datang, dan dalam usaha ahli untuk mendapatkan semula jumlah kehilangan daripada pengeluaran berkaitan COVID-19, mereka perlu bekerja untuk tempoh tambahan empat ke enam tahun.

Sehingga Oktober lalu, sejumlah RM101.1 bilion telah dikeluarkan bahawa i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Ia merupakan 22 peratus daripada program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion bagi membantu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Berkenaan isu kecukupan pula, Ahmad Badri berkata, perlindungan sosial adalah hak asasi manusia untuk semua, merangkumi semua bentuk pekerjaan, sama ada sektor formal atau tidak.

Secara kasarnya, hanya tiga daripada 10 dewasa di Malaysia dilindungi perlindungan sosial seperti skim pencen kerajaan dan perlindungan KWSP.

“Kami melihat hanya 7.5 juta daripada 23.5 juta populasi pada usia bekerja yang pada ketika ini menetap di negara ini.

“Pandemik ini juga telah merubah landskap pekerjaan ke arah tidak formal. Peningkatan dalam golongan bekerja sendiri dan tidak formal dijangka akan meningkat daripada 5.7 juta masa ini kepada 8.8 juta kepada 2040,” terangnya.

 

Sumber: [1]